Tuesday, August 18, 2009

Pasti semua pelajar berasa amat takut dengan masa yang sama berasa tidak sabar untuk mendapat keputusan sesuatu peperiksaan. Saya sedang menantikan keputusan peperiksaan GCE peringkat O bahasa melayu hari ini. Saya akan berasa amat bersyukur jikalau saya mendapati A2 untuk bahasa saya. Harap-haraplah saya mencapai impian saya ini. Tetapi saya ada perasaan yang saya tidak akan dapat impian ini. Jadi Saya sudah bersedia untuk mengambil kembali peperiksaan ini. Saya akan bekerja dengan lebih keras kali ini.

Wednesday, August 12, 2009

Pengertian Hari Kebangsaan Bagi Saya.


9 Ogos, adalah hari yang dinanti-nantikan oleh rakyat singapura. Hari kebangsaan yang ke 44. Hari ini menunjukkan kejayaan negara kita ini. Singapura telah mencapai kemerdekaan dan telah mengembang menjadi negara yang maju. Saya berasa amat bangga untuk menjadi rakyat singapura kerana kita sebagai rakyat singapura telah membangkitkan negara ini walaupun cabaran-cabran yang amat berat yang menimpa kita. Datuk noyang kita mempertahankan tanah air kita sehingga ke hujung nyawa mereka. Mereka pun telah bekerja keras untuk mengembangkan industri justeru memperbaikkan economi singapura. Sekarang, cabaran yang baru telah menempa kita semua. Masalah pengganas dan wabak influenza H1N1. Bagi masalah pengakit, kita sebagai rakyat singapura pernah melawang wabak SARS yng telah meragut ramai mangsa. Dengan pengalaman itu, kita sedang menentang pengakit H1N1 pula. Bagi masalah pengganas, SAF, polis dan rakyat singapura sedang mempertahankan negara kita dari serangan pengganas. Inilah pengertian saya bagi Hari kebangsaan, iaitu, menghadapi cabaran kita.

Perayaan hari kebangsaan tahun ini di stadium terapung marina bay. Ramai rakyat singapura dan warga asing menonton dan menikmati persembahan itu. Tema perayaan tahun ini MARI BERSAMA. Pada pendapat saya, rakyat kita, tidak kira bangsa dan ugama mempunyai persahabatan yang amat erat sekali. Tetapi kita mesti ingat tengtang masa silam kita iaitu pergaduhan antara kaum melayu dan kaum cina. Saya sangat yakin yang pergaduhan seperti itu tidak akan berlaku lagi di Singapura.